Monday 2 May 2011

Apa Itu D.N.S....

Sistem Nama Domain ( Domain Name System ) atau DNS merupakan sistem yang menyimpan maklumat mengenai nama hos dan nama domain di jaringan, seperti di Internet. Paling penting, ia memberikan alamat IP bagi setiap nama hos, dan senarai pelayan penukaran mel ( mail exchange server ) yang menerima mel bagi setiap domain.

DNS memainkan peranan penting bagi Internet, kerana perkakasan memerlukan alamat IP untuk melaksanakan penghalaan ( routing ), tetapi manusia menggunakan nama hos dan nama domain, sebagai contoh dalam Penentu Sumber Seragam( Uniform Resource Locator ) URL dan alamat e-mail.

Paul Mockapetris
mencipta DNS pada tahun 1983; spesifikasi asal muncul dalam Permohonan untuk komen ( Request for Comments ) - RFC 882. Pada tahun 1987 penerbitan RFC 1034 dan RFC 1035 mengemaskini spesifikasi DNS dan menjadikan RFC 882 dan RFC 883 lapuk. Beberapa RFC terkini telah mengusulkan pelbagai sambungan kepada protokol teras.

Bagaimana DNS berfungsi

Nama domain terdiri daripada dua atau lebih bahagian (secara teknikal labels) dipisahkan oleh titik. Label disebelah kanan merupakan domain tahap atas (sebagai contoh, domain tahap atas untuk http://www.wikipedia.org adalah org). Setiap label di sebelah kiri menentukan subdivision atau subdomain (sebagai contoh, wikipedia.org merupakan subdomain bagi org dan http://www.wikipedia.org merupakan subdomain kepada wikipedia.org). Secara teori, subdivision ini boleh menurun sehingga 127 aras, dan setiap label boleh mengandungi 63 huruf, selagi keseluruhan nama domain tidak melebihi 254 huruf. Tetapi secara penggunaan sesetengah daftar nama domain ( domain name registry ) mempunyai limit yang kurang dari itu.

DNS mengandungi set hierarki pelayan DNS. Setiap domain atau subdomain mempunyai satu atau lebih pelayan DNS sahih ( authoritative DNS servers ) yang menerbitkan maklumat mengenai domain tersebut. Hierarki mengenai pelayan DNS sahih mempunyai padanan dengan hierarki domain.


Code: Select all
pelayan = server jaringan = network alamat IP = IP address perkakasan = hardware mengemaskini = update

No comments:

Post a Comment